Niat kami cuma satu, jadikan Kluang berjaya lawan Covid-19 - Shahrol Shiro - Utusan Malaysia

Niat kami cuma satu, jadikan Kluang berjaya lawan Covid-19 – Shahrol Shiro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak terkenal, Shahrol Shiro, berkesempatan turun padang bersama-sama  para sukarelawan yang lain bagi membantu penduduk daerah Kluang, Johor, mendaftar diri sebagai penerima vaksin.

Menerusi perkongsian di entri Instagram Shahrol, inisiatifnya untuk bersama-sama dengan para sukarelawan bagi memberi kesedaran kepada penduduk sekitar itu mengenai kebaikan serta kepentingan vaksin untuk semua.

“Bukan saya tapi kita. Kita bergerak bersama membantu mereka untuk mendaftar vaksin. Niat kami cuma satu, iaitu menjadikan daerah Kluang berjaya melawan Covid-19.

“Kepada warga di sana yang terlepas untuk mendaftar, boleh hubungi nombor yang diberikan di gambar tersebut. InsyaAllah, kita boleh lakukan.

“Seterusnya, terima kasih kepada anak muda Southern Volunteers Kluang bersama membantu warga Taman Kluang Barat untuk mendaftar vaksin serta memberi kesedaran tentang kepentingan vaksin,” katanya.

Selanjutnya, Shahrol juga turut berterima kasih kepada penduduk setempat kerana sudi memberi kerjasama terbaik kepada para sukarelawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya