PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Elyana, meluahkan rasa gembira dan bersyukur setelah menerima hadiah daripada pengacara dan pelakon popular, Neelofa.
Menerusi Instagram live Elyana, dia menerima hadiah daripada selebriti tersebut berupa koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Nealofar.
Seterusnya, Elyana yang kini sedang menjalani rawatan radioterapi di hospital turut menunjukkan beberapa kotak tudung yang diterima serta terus mencubanya.
“Neelofa bagi saya banyak tudung. Saya tak sabar sebenarnya nak melihat semua koleksi tudung yang diberikan sambil masukkan susu dalam badan.
“Semasa masuk hospital hari itu, saya bawa satu tudung sahaja. Terima kasih Neelofa, saya gembira sangat.
“Baru habis buat rawatan, terus dapat hadiah. Alhamdulillah, semoga anda dimurahkan rezeki dan bahagia selalu,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa turut memberi maklum balas menerusi Instastory berkenaan perkongsian video Elyana tersebut.
“MasyaAllah, saya pula nak menangis menonton video ini. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesakitan. Moga Allah kurniakan kesembuhan untuk awak,” ujarnya.