Jenama denim terkenal dan menjadi pilihan ramai, Levi’s Malaysia, sekali lagi menyulam seni serta menyumbang kepada industri muzik tempatan menerusi kempen Projek Muzik Levi’s.
Kempen tersebut meneruskan visi jalinan pertalian rakan kongsi, menyampaikan peluang serta maklumat berharga mengenai industri. Malah, ia juga menyediakan sumber dan paltform kepada komuniti kreatif.
Inisiatif itu juga tersebut bertujuan atas dasar tanggungjawab menyerlahkan industri muzik dan memupuk, menyokong kanvas seni tanah air masa kini.
Khususnya, pemuzik dan artis underground yang baru mengorak langkah. Projek merangkumi tiga fasa, fasa pertama menyaksikan penemuan finalis kumpulan rock, indie band, rapper, pelopor ‘muzik Cina’ serta ‘puteri pop nusantara’ Malaysia Timur.
Kini, projek tersebut telah berada di musim kedua menerusi pelancaran Fasa kedua: Program Peningkatan Kemahiran Levi’s, bagi meningkatkan kemahiran serta visi ke peringkat lebih tinggi.
Pada fasa yang lalu, kita dapat menyaksikan empat peserta peringkat akhir bekerjasama dengan veteran industri muzik merangkap pembimbing Projek Muzik Levi’s, Jennifer Thompson dan Old Head Jin.
“Para peserta telah memperoleh tunjuk ajar untuk mencipta karya baharu yang dipersembahkan secara dalam talian pada akhir program.
“Jika fasa pertama para peserta diberikan pendedahan mengenai unsur kreatif dalam pembikinan muzik, fasa kedua pula memberikan tumpuan yang lebih menjurus kepada industri menerusi bengkel peningkatan kemahiran.
“Selain itu, pelbagai bengkel telah dijadualkan untuk empat peserta peringkat akhir bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran, sumber, serta pengetahuan yang akan membawa mereka ke peringkat lebih tinggi dalam industri muzik,” katanya.
Bengkel peningkatan kemahiran yang bakal dijalankan dalam program berkenaan sedikit sebanyak diilhamkan oleh Red Bull Music Academy, Tiny Class oleh Yuna, serta Ace’s Music Workshop oleh Cendana.
Di samping itu, turut dibimbing oleh barisan figura dan pakar industri seperti Datuk Sheila Majid, Razlan Shah, serta komposer dan penerbit muzik terkenal, Faizal Tahir.