KUALA LUMPUR: “Muhammad Aisy Al Jibreel.”
Demikian perkongsian nama indah anak kelima oleh suami kepada pelakon terkenal, Ayu Raudhah, Zaquan Adha di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah hari ini genap tujuh hari budak handsome ini. Semoga menjadi anak yang soleh,” coret Zaquan yang kemudiannya dibalas ‘Amin’ oleh kakak iparnya, Rozita Che Wan.
Hasil perkongsian itu, rata-rata peminat pasangan tersebut memuji nama anak mereka dan tidak kurang juga yang teruja melihat wajah si manja.
“Alhamdulillah syukur tahniah Zaquan. Anak soleh buat ayah mama, Insya-Allah,” komen pendakwah dan juga penyanyi, Fakhrul UNIC.
Pasangan Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.