KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin meramkan kesyukuran apabila ibu tercintanya, Siti Salmah Bachik, 69, telah menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Lipis, Pahang, semalam.
Berita gembira itu dikongsi semula Siti Nurhaliza selepas adiknya, Siti Nursairah memuat naik status dan gambar di akaun Instagramnya.
“Alhamdullillah, lega rasa bila emak di kampung dah dapatkan vaksin… Semoga Allah SWT terus lindungi Mak Sayang. Cantik Mak!” coret penyanyi Purnama Merindu itu.
Sementara ruang komen dihujani ucapan tahniah dan memuji keberanian bonda nombor satu negara itu. Malah, ada juga petugas PPV yang meluahkan ‘kekecewaan’ kerana tidak bertugas pada hari ibu suri hati Malaysia itu menerima vaksin.