Kuat ‘meroyan’, abang okay? - Utusan Malaysia

Kuat ‘meroyan’, abang okay?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ramai juga tanya Poklip siapa pelakon dan Instafamous yang dikatakan kekwat minggu lalu. Poklip rahsiakan sahajalah. Biarlah kesombongan mereka menjadi iktibar buat yang membaca, gitu!

Macam biasa, minggu ini Poklip sampaikan keluhan seorang peminat yang sudah naik jemu melihat pelakon kegemarannya asyik ‘meroyan’ di media sosial. Ada sahaja isu yang dimarahkan pelakon lelaki itu.

Kalau sekali sekala tidak mengapa, tapi dalam seminggu, lebih tiga kali jugalah pelakon itu memuat naik gambar atau video dengan kapsyen acah-acah merentan. Peminat baca pun sama naik rentan.

Bukan apa, kadang-kadang tak semua isu peribadi kita perlu bahaskan di media sosial. Ini tidak, kena kecam sekali terus mengamuk berulang-ulang. Eh awak tak ada kerja sangat ke? Atau suka dengan perhatian yang diterima?

Poklip ada jugalah menjenguk ke media sosial pelakon itu. Tidak dinafikan, memang dia kerap merentan di media sosial. Tetapi peminatnya pun ada yang turut sama menyokong. Jadi makin seronoklah si polan itu.

Namun ada juga yang mempersoalkan kenapa pelakon lelaki itu kuat ‘meroyan’? Bukankah kerja meroyan tak tentu hala ini tugas wanita? Kalau ikut logik betul juga kan. Meroyan itu maksudnya, menderita sakit sesudah bersalin.

Tapi zaman sekarang ini, ‘meroyan’ dianggap sebagai satu aktiviti meluahkan perasaan secara berlebihan di media sosial. Jadi, terpulanglah kepada anda semua untuk menilai ya. Bye!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya