Kesihatan ibu terjejas, Achey sanggup jual harta - Utusan Malaysia

Kesihatan ibu terjejas, Achey sanggup jual harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyanyi, Achey, sanggup untuk menggadaikan harta tatkala melihat kondisi kesihatan ibu tercintanya terjejas.

Berkongsi menerusi akaun Instagramnya (IG), penyanyi lagu Yang Terindah itu, berkata, selagi ada kudrat dia akan berusaha demi untuk melihat ibunya sihat.

“Pergi buat check up mak ada penyakit apa. Alhamdulillah satu per satu dikesan. Apa sahaja untuk emak, kami akan berikan yang terbaik.

“Lepas ini kalau tengok aku ada jual harta-harta kesayangan tu, faham-faham sajalah ya.

“Mak kuat ya mak… tak mengapa, Achey ada. Untuk emak aku takkan tarik brek tangan, apa ada kita usaha,” ujarnya dalam menggambarkan usaha mencari alternatif kos rawatan.

Terdahulu, bapa Achey, Hamzah Salam, 80, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Segamat, Johor pada 19 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya