Dicarut kerana kek batik, Fazley tidak melatah - Utusan Malaysia

Dicarut kerana kek batik, Fazley tidak melatah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tetap tenang walaupun dikritik pempengaruh dengan menggunakan carutan sebagai tanda kurang berpuas hati terhadap kek batiknya.

Menerusi perkongsian tangkap layar di Instagram Fazley, dia tidak melatah malah menganggap kritikan tersebut sebagai teguran serta memperbaiki masakan pada masa akan datang.

Fazley juga bersangka baik dan menganggap komen terhadap hasil air tangannya itu adalah cara pempengaruh itu mempromosi produk tempatan serta cara berseloroh dengan rakan-rakannya.

“Saya yakin niat  dia baik. Mungkin itu cara dia menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut, mungkin juga cara dia mempromosikan produk tempatan untuk menyokong saya.

“Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati. Saya sendiri segan untuk mengkritik hasil air tangan orang lain di media sosial. Malah, saya sendiri masih jauh perjalanan dan banyak yang saya sedang pelajari.

“Prinsip saya tak suka tak apa, tak sedap tak apa. Biar orang ramai yang memberi pendapat sendiri. Asalkan saya tidak berkongsi apa-apa yang boleh melukakan hati sesama tukang masa atau baker,” katanya.

Dalam pada itu, dia menyatakan dirinya berpegang kepada prinsip sokong menyokong semua dalam industri tersebut serta bekerjasama dengan semua pihak tidak kira jenama besar mahupun tiada jenama.

Fazley mencipta sejarah apabila menjadi cef temapatn pertama bekerjasama dengan jenama minuman dan makanan antarabangsa, Starbucks. Cef selebriti itu juga memeprkenal barisan makanan bercirikan tempatan bagi meluaskan lagi pasaran dan jenama tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya