KUALA LUMPUR: “Nak dikebumikan area mana? Khabarkanlah nanti akak hantarkan.”
Demikian balas pelakon hebat, Noorkhiriah pada komen salah seorang pengguna biadab yang meninggalkan komen lucah di ruangan komen Instagramnya.
“Kandungan dewasa! Anda boleh onani dengan menonton video saya,” tulis individu itu di video Khiriah yang berkongsi mengenai berita kematian.
Norkhiriah dalam perkongsian itu mengajak peminatnya untuk merenung diri dan sentiasa ingat akan kematian.
“Tiap hari ada saja kematian. Termenung juga sebenarnya bila suami hantar gambar jenazah keras kaku. Golek macam mana pun dah tak gerak. Betullah dunia ini tempat bercucuk tanam.
“Tapi itulah akak (membahasakan panggilan dirinya) tak tahu apa yang akak tanam ini macam mana kesudahan. Macam kena tampar bila tiap kali dapat berita kematian. Tetapi itulah sedarnya sekejap lupanya panjang,” coretnya.