KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Elly Mazlein, meluahkan rasa syukur kerana kandungannya kini berada dalam keadaan sihat selepas membuat pemeriksaan kehamilan baru-baru ini.
Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram (IG) miliknya.
“Baby cakap, cantik dik… Tengok tu ibu jari dia. Mama geram. Syukur Alhamdullilah baby sihat dan mama pun sihat. Doakan Kepom dan bayi selamat ya kesayangan. Kak Kepom pun doakan anda yang sedang usaha untuk mendapatkan zuriat terus kekal usaha, doa dan tawakal ya.
“Kesihatan pun kena jaga juga. Senaman kena buat, jaga makan, ambil ubat yang sesuai ya. Insya-Allah, Allah SWT susun cantik buat kita semua. Cuma cepat dan lambat sahaja. Bersangka baik selalu,” ujar pelakon drama bersiri Kampung People itu.
Untuk rekod, Kak Lina dan suaminya, Mohamad Azlan Che Noh mendirikan rumah tangga pada Januari 2020.
Terdahulu ini, dia pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.