Janganlah tag fasal artis curang - Iesya Toh - Utusan Malaysia

Janganlah tag fasal artis curang – Iesya Toh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Iesya Toh, mendedahkan dia banyak menerima kiriman khabar angin dan gosip mengenai rumah tangga segelintir selebriti menerusi direct message (DM) di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Iesya, sama sekali dia tidak berminat untuk ambil peduli. Sebaliknya, Iesya lebih ambil berat tentang isu-isu yang boleh memberi kepentingan atau impak kepada ekonomi dan kesejahteraan negara.

“Janganlah tag saya fasal artis curang dan sebagainya ini. Hal rumah tangga orang jangan ya. Mereka DM saya siap informasi terperinci lagi. Tapi saya tak mahu. Aib orang, baik jaga aib sendiri,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Iesya yang juga menyedari dirinya digelar sebagai wartawan Instagram gara-gara kerap berkongsi informasi dan berita berkata, pengaruh yang ada dimanfaatkan sebaik-baiknya.

“Saya dah puas jalani kehidupan glamor. Tak mahulah gunakan IG untuk swafoto. Bila saya berkongsi dengan penyampaian berita di IG, pegawai menteri pun reply walaupun saya tak tag nama mereka. Kita kena bangkitkan isu supaya mereka buka mata.

“Fasal digelar wartawan IG (tertawa kecil). Takut nak pegang nama tu, berat tau amanah dan tanggungjawabnya. Saya hanya gunakan ilmu sewaktu bergelar pengacara di RTM saja,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya