Ini rasanya jadi petugas barisan hadapan– Fizo Omar - Utusan Malaysia

Ini rasanya jadi petugas barisan hadapan– Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon popular, Fizo Omar, meluahkan rasa gembira dan berbesar hati apabila diberi peluang menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) , MIECC, The Mines, Selangor.

Menerusi entri Instagram, Fizo berkongsi pengalamannya menjadi sebahagian daripada sukarelawan tersebut menerusi video yang dimuat naiknya.

“Saya berbesar hati dapat mengambil bahagian menjadi sukarelawan di PPV-MIECC, The Mines.

“Alhamdulillah, dapat merasai pengalaman semua barisan hadapan bekerja keras untuk memastikan kita semua diberi vaksin,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut mengalu-alukan sokongan daripada doktor dan jururawat untuk menjadi sebahagian petugas di PPV berkenaan.

“Kepada semua doktor dan jururawat, kami memerlukan anda semua untuk menyokong kami di PPV-MIECC (bayaran disediakan per jam). Boleh hubungi 014-253 6227,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya