Hanya lelaki yang lemah takut pada wanita yang kuat - Ben Amir - Utusan Malaysia

Hanya lelaki yang lemah takut pada wanita yang kuat – Ben Amir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon tampan, Ben Amir, dalam ciapannya memaklumkan hanya lelaki yang lemah sahaja takut kepada wanita yang kuat.

Hal ini demikian kerana tular di media sosial, kenyataan pakar motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad yang menyatakan wanita perlu nampak ‘bodoh-bodoh sikit’ untuk memikat hati lelaki.

Menerusi entri Twitter Ben Amir, kenyataan tersebut juga mendapat perhatiannnya lalu membalas menerusi ciapannya.

“Hanya lelaki yang lemah sahaja takut pada wanita yang kuat. Saya juga tertarik pada wanita yang bijak dan kuat.

“Seterusnya, dapat mendorong saya menjadi lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Ben juga memberi kata-kata semangat kepada wanita diluar sana agar terus mengejar impian mereka dan ‘terbanglah’ setinggnya untuk menggapai cita-cita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya