Fahrin Ahmad tegas tapi kuat menyakat - Isteri - Utusan Malaysia

Fahrin Ahmad tegas tapi kuat menyakat – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isteri pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, Elena Hani Eleas, 43, menyifatkan suaminya itu sebagai seorang bapa yang tegas meski dilihat suka berjenaka dan mengusik orang sekeliling.

Menurut Elena, sebagai bapa kepada anak mereka, Khalifa Fahrel yang kini berusia 7 tahun, Fahrin tidak pernah menunjukkan sisi garang kecuali tegas pada kebanyakan waktu yang perlu.

“Sama sahaja kalau dia berada di luar atau di rumah, Fahrin memang suka mengusik dan kuat menyakat saya dan anak termasuklah keluarga kami yang lain.

“Dia garang dengan anak tetapi bukan jenis marah-marah anak. Saya bersyukur kerana sejak berkahwin sehinggalah sekarang, Fahrin seorang bapa yang sangat proaktif dalam urusan rumah tangga, menjaga kebajikan saya dan anak.

“Selamat hari bapa dan terima kasih kerana menjaga saya dan Fahrel. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati keluarga kita dengan kebahagiaan selama-lamanya,”katanya.

Elena berkata demikian ketika membuat kejutan kepada Fahrin menerusi panggilan telefon secara langsung yang dirancang bersama pasukan program Wanita Hari Ini (WHI) semalam.

Sementara itu, Fahrin mengaku apa yang dinyatakan oleh isterinya itu benar dan dia sememangnya seorang yang tegas dengan Fahrel demi memberikan yang terbaik buat anaknya itu.

“Saya tak marah-marah, tetapi ada waktu kena bertegas dengan anak. Ini demi memastikan Fahrel mendapat didikan yang terbaik sebab dia pun sedang membesar dan belajar.

“Sebagai bapa, tentunya saya cuba mencuba mencari cara terbaik untuk mendidik Fahrel,”katanya.

Fahrin mendirikan rumah tangga dengan Elena tujuh tahun lalu pada tanggal 9 Mei 2015 dan dikurniakan Fahrel pada 29 September 2016.

Uniknya, cahaya mata tunggal mereka ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya, Elena.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya