KUALA LUMPUR: Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida selesa bergelar ibu tunggal tanpa kehadiran lelaki walaupun ramai yang beranggapan dia kekuarangan kasih sayang daripada seorang suami.
Dalam satu perkongsian video di Instagram, Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Hasmiza Othman berkata, dia rela hidup tanpa kehadiran suami jika lelaki itu hanya pandai menabur janji manis namun malas untuk bekerja dan sekadar menumpang kekayaannya.
“Realiti zaman sekarang, berkasih sayang bagai nak rak tapi kosong. Nak beli itu ini untuk diri sendiri pun tak boleh. Tambah dapat jenis biawak komodo hidup . Kerja malas . Tahu nak makan tido . Betul la kan?
“Bukan jenis saya lah kalau macam tu. Baik saya bahagia dengan anak anak. Dah cukup,” katanya.
Rata-rata peminat termasuk rakan selebriti turut bersetuju dengan perkongsian personaliti media sosial itu yang pernah beberapa dihimpit kontroversi sebelum ini.
Vida sebelum ini pernah tiga kali mendirikan rumah tangga namun semua perkahwinan tersebut tidak mampu bertahan lama.
Menerusi perkahwinan pertama, Vida dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Namun dua orang anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di kediamannya di Meru Hill, Ipoh sekitar tahun 2013.