Bukan sebab dapat vaksin awal- Erul AF9 - Utusan Malaysia

Bukan sebab dapat vaksin awal- Erul AF9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Erul Samah, mengakui penglibatannya sebagai sukarelawan kesihatan bukannya atas ‘tiket ekspres’ untuk menerima suntikan vaksin awal.

Sebaliknya bekas bintang Akademi Fantasia (AF9) itu mahu berbakti kepada bangsa dan negara menerusi program klinik vaksinasi bergerak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Johor, Bandar Tun Razak yang berlangsung baru-baru ini.

“Sebenarnya niat nak jadi sukarelawan kesihatan ini dah lama. Iyalah, atas kapasiti artis dan ada pengaruh saya terpanggil untuk kongsikan perkara baik. Lagi pun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, banyak masa terluang daripada kerja-kerja yang tergendala.

“Sebab itu bila abang saya selaku pengerusi Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) maklumkan adanya program sebegitu, saya ambil peluang ini. Kalau ikutkan saya sendiri pun takut nak terima vaksin, tiadalah istilah sebab nak dapat vaksin awal,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Berkongsi mengenai kenangan terindah ketika menjadi sukarelawan, Erul atau nama penuhnya Khairul Najmuddin Abu Samah, 29, tidak menafikan masih ada segelintir yang takut untuk terima suntikan vaksin.

“Sepanjang program itu pelbagai ragam manusia saya jumpa. Ada yang menggigil, ada pula yang selepas isi butiran nak pulang, tapi saya yang bertugas di bahagian pengurusan tetap berikan kata-kata semangat dan dorongan.

“Ada yang menyentuh hati, bila tengok warga berusia sanggup datang terima suntikan dalam keadaan berkerusi roda. Paling manis, semalam dapat beramah mesra dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujar Erul ada juga peminat yang sanggup tunggu ambil peluang untuk bergambar dengannya.

Tambah Penyanyi lagu Tak Bisa itu lagi, dia sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa program sukarelawan namun lebih selesa untuk disimpan buat tatapan sendiri.

Erul juga berharap agar orang ramai dapat berganding bahu dalam menangani penularan wabak Covid-19 dengan mendaftarkan diri untuk terima suntikan vaksin atas usaha kerajaan.

Sebagai informasi, program yang berlangsung bermula Jumaat lalu sehingga semalam merupakan kerjasama antara Wilayah Youth Volunteer, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya