Britney Spears terpaksa berpura-pura - Utusan Malaysia

Britney Spears terpaksa berpura-pura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang pop terkenal, Britney Spears, 39, mendedahkan kehidupannya yang dipaparkan di media sosial hanyalah indah khabar dari rupa.

Pada masa sama penyanyi lagu Toxic itu turut memohon maaf kepada orang ramai di atas ‘drama bahagia’ yang dikongsikannya sepanjang dua tahun lalu.

“Terpaksa berpura-pura kerana ia adalah maruah saya dan malu untuk berkongsi dengan apa yang telah terjadi. Tapi, sejujurnya siapa yang tak mahu melihatkan sisi kegembiraan di Instagram (IG) bukan? Percaya atau tidak, dalam saya berpura-pura okay sebenarnya membantu.

“Jadi saya ambil keputusan untuk berkongsi hal ini khusus buat mereka yang melalui fasa tersungkur,” coretnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat hadir dari seantero dunia meninggalkan kata-kata semangat buat penyanyi itu.

Dalam perkembangan lain, Britney baru-baru ini merayu kepada hakim Brenda Penny untuk dibebaskan daripada ‘ikatan’ bapanya, Jamie yang mengawal hidup serta kekayaan miliknya bernilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu.

Tahun lalu, Britney memulakan proses guaman untuk membuang hak Jamie daripada mengawal hidupnya. Ia termasuk hal dalaman serta kewangan selepas bapanya ditetapkan sebagai penjaganya pada 2008.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya