KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari akan tetap mengamalkan pemakaian prosedur operasi standard (SOP) untuk berjumpa anaknya, Noah walaupun sudah disahkan bebas Covid-19.
Bunga juga turut menerima keputusan negatif bagi keputusan ujian calitan keduanya selepas disahkan positif dua minggu lalu.
“Doktor beritahu saya sudah boleh tertemu Noah tetapi, saya rasa akan tetap memakai pelitup muka dahulu untuk sementara sehingga hari ke 14.
“Hari ini saya ke hospital untuk memeriksa paru-paru dan keputusan darah selepas Covid-19. Semoga keputusannya bagus.
“Tadi juga sudah buat ujian calitan kali kedua dan Alhamdulillah, negatif,” katanya menerusi Instastory.
Bunga sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan dikuarantin bersama teman-temannya.