Biar bonda ‘pergi’ dulu dari ayah - Elyana  - Utusan Malaysia

Biar bonda ‘pergi’ dulu dari ayah – Elyana 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Elyana Emrizal, tidak melepaskan peluang mengucapkan Selamat Hari Bapa buat suami tercintanya dengan ucapan sangat menyentuh hati.

Menerusi entri Instagramnya,Elyana yang kini sedang menjalani rawatan radioterapi di hospital sempat berkongsi gambar bersama keluarga kecilnya serta ucapan sempena hari istimewa tersebut di media sosial itu.

“Selamat Hari Ayah @khairulhussin75. Bonda, Cinta serta Cahaya sayang sangat dekat ayah. Jika ayah tiada, kami tak seronok. Mesti nak ada ayah, sebab ayah ‘superhero’ kami.

“Semua ayah boleh buat kecuali pasang kabinet, katil, serta apa sahaja yang ada skru memang ayah tidak pandai. Nasib baik bonda mahir bahagian itu.

“Sebab itu selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup dan tidak seronok jika tiada awak,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen tersebut rata-rata warganet turut berasa sebak serta mendoakan agar kanser limfoma yang dihidapinya kembali pulih seperti sedia kala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya