Anak tak mahu, Nourul jual cincin kahwin RM750 - Utusan Malaysia

Anak tak mahu, Nourul jual cincin kahwin RM750

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi versatil, Nourul Wahab berjaya menjual cincin perkahwinan pertamanya dengan harga RM750 yang akan disalurkan bagi tujuan amal.

Menerusi Instagramnya, Nourul juga memberitahu anaknya, Ayu Nazirah sudah memberi keizinan untuk dia menjual cincin tersebut sebagai jawapan kepada ‘desakan’ warganet yang tidak bersetuju dia melelong aksesori perhiasan jari itu.

“Ayu tak mahu. Saya tanya dia dulu. Dia keutamaan dan dia tak suka emas. Dia izinkan saya menjual cincin itu. Sekian, khas buat semua kakak joyah yang rajin bagi pendapat,” katanya.

Semalam, segelintir warganet kurang bersetuju dengan tindakan penyanyi itu untuk melelong cincin perkahwinan pertamanya kerana mereka berpendapat, cincin tersebut harus diberikan kepada anak perempuannya.

Namun, terdapat juga warganet yang meminta agar peminat menghormati keputusan Nourul untuk melelong cincin tersebut atas tujuan amal.

“Cincin legend ini saya tak perasan duduk terperuk lama dalam almari. Dah banyak kali pindah dengan saya. Saya tidak pakai lagi dah sejak tahun 2007. Siapa nak buat koleksi cincin ini, boleh hubungi saya. Harga bermula RM300, siapa bida tinggi, dia dapat.

“Justeru itu, saya memang nak salurkan duit ini pada  @inot72 yang banyak membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya