Alicia Amin tak terburu timang anak - Utusan Malaysia

Alicia Amin tak terburu timang anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Model sensasi, Alicia Amin, 26, memberitahu dia tidak terburu-buru untuk mempunyai zuriat dalam masa terdekat ini meskipun diasak persoalan sama berulang kali.

“Saya kini di fasa usia apabila ramai orang sudah mempunyai cahata mata, sementara ada pula yang mempersoalkan bila mahu menimang zuriat walaupun sudah empat bulan kahwin.

“Saya seronok mendengar dan menerima pelbagai perkongsian mengenai pengalaman suka duka ketika hamil tanpa membuatkan saya berasa terburu-buru untuk merasai situasi itu,” ciapnya di akaun Twitter.

Dalam ciapan berlainan Alicia yang juga seorang pelakon berkata, andai dia merancang untuk mempunyai zuriat satu hari nanti, dia bersyukur kerana menyifatkan anaknya memiliki kawan “seusia”.

“Kami akan membesar bersama-sama dan saya akan ada kawan yang tahu apa sedang berlaku,” katanya.

Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Dr. Farzan, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab pada Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya