69 pelajar UPM disuntik vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

69 pelajar UPM disuntik vaksin Covid-19

Nur Hannah Muhamad Faizal menunjukkan isyarat bagus selepas divaksin di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Prihatin dengan keselamatan para pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menyelaras proses vaksinasi 69 pelajarnya pada 20 Mei hingga 6 Jun ini.

Semua pelajar berkenaan menerima vaksin di pusat pusat pemberian vaksin (PPV) iaitu di Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Utama Universiti Malaya, Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam dan Putra World Trade Center (PWTC).

Program itu diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Kesihatan UPM dan Majlis Perwakilan Pelajar UPM.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr Arifin Abdu berkata, pergerakan pelajar ke pusat pemberian vaksin diselaras menggunakan kenderaan universiti sepenuhnya.

“Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin semasa proses pengambilan vaksin tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Pelajar Tahun 3 jurusan Bacelor Pendidikan Sains Pertanian, Nur Shakinah Abdul Wahab berkata, perkhidmatan bas yang disediakan memudahkan urusan mendapatkan vaksin.

“Pemandu bas juga menepati masa selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat semasa pergerakan pergi dan balik dari UPM ke PPV,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Nur Hannah Muhamad Faizal turut menyeru rakan-rakan yang lain agar mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin dalam usaha membendung jangkitan Covid-19.

“Terima kasih kepada pihak universiti yang prihatin dan menyediakan perkhidmatan bas membawa kami ke PPV untuk mendapatkan suntikan vaksin,” kata pelajar Bacelor Sains Biologi tahun 3 ini.

Dalam perkembang berkaitan, UPM turut menyelaras pergerakan 2800 pelajar berkeperluan kembali ke kampus pada 17 hingga 20 Mei 2021 setelah bercuti Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melepaskan para pelajar UPM pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Pelajar perlu menjalani proses pengasingan selepas kembali ke kampus dan mereka yang bergejala akan dirujuk ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum dibenar memasuki kolej kediaman.

Pelajar bergejala akan ditempatkan di blok atau aras pengasingan disediakan di setiap kolej, bergantung kepada saranan, nasihat dan kebenaran pihak PKU dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tinjauan pemantauan mendapati pengurusan kebajikan pelajar berada di kampus sepanjang tempoh PKP 3.0 disantuni dengan dengan sempurna termasuk mengawal pergerakan pelajar keluar masuk kampus, memantau kepatuhan kafeteria terhadap SOP dan mensanitasi bilik kediaman pelajar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya