PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak memuji vokal nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri setanding penyanyi antarabangsa.
Melalui ruangan komen Instagram Aliff syukri, Zizan menitipkan pujian terhadap vokalnya menerusi lagu raya terbaharu, ‘Lala Raya’ yang kini sudah mencecah satu juta tontonan di Youtube.
“Ternyata datuk penyanyi nombor satu negara. Trending nombor satu lagi. Vokal datuk memang ala ala penyanyi barat. Harap datuk dapat membuat persembahan di Grammy Award selepas ini,” kata Zizan.
Dalam pada itu, menerusi entri Instagramnya, Aliff Syukri juga meluahkan rasa syukur dan menghargai pujian Zizan tersebut.
“Terima kasih Zizan, kerana memuji suara saya. Zizan ini memang pandai menilai bakat orang. InshaAllah saya akan menyanyi untuk awak semasa secara langsung tanda penghargaan.
“Percuma sahaja persembahan saya tidak perlu bayar. Syukur vokal dan bakat saya kini orang dah pandang,” ujar Aliff.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka lagu rayanya itu mendapat sambutan daripada pendengar meskipun perlu bersaing dengan penyanyi-penyanyi hebat lain.