PETALING JAYA: Pelakon kontorversi, Zarina Anjoulie sah bercerai lagi dengan bekas suaminya, Eliyas Azhar.
Berita itu dikongsi Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju menerusi laman media sosial Instagram miliknya, hari ini.
Episod perceraian kali kedua berlaku hanya selepas beberapa bulan sahaja kembali rujuk sebagai sepasang suami isteri semula selepas bercerai sekitar Januari lalu.
Anju mendedahkan perkara tersebut selepas ramai netizen yang ingin mengetahui status perkahwinan bersama bekas suaminya.
“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah bercerai. Yes, betul kami sudah bercerai. Terima kasih,” tulis Zarina di Instragramnya.
Menerusi InstaStory pula, Zarina turut meluahkan isu penceraiannya seolah-olah dia sudah tidak tahan lagi dengan bekas suaminya.
“Terima kasih tetapi kali ini, aku tak nak dah. Kalau boleh, aku nak talak tiga terus. Kalau dah setiap kali gaduh suami minta cerai, ya den tak hadaplah, aku ada maruah.
“Nak kata aku semak? Aku tak pernah sekali mengeluh kau tak boleh beri aku rumah, kereta, bawa aku shopping macam suami orang lain sebab aku terima kau seadanya.
Tambah dalam Instastory ditulisnya, Zarina meminta bekas suaminya untuk memulangkan semua barangan yang pernah diberi sebelum ini seperti telefon bimbit dan beg jenama Gucci.
Sebelum ini, Zarina berkata semasa bercerai kali pertama yang lepas, keputusan berpisah adalah jalan terbaik, memandangkan dirinya mahu fokus kepada kerjaya, anak dan keluarganya.
Kemudiannya, menerusi entri Instagramnya, Zarina turut memaklumkan, keputusan bercerai dengan suami, Eilyas Azhar adalah pilihannya.