Wujudkan IG anak hanya untuk keluarga - Ain Edruce - Utusan Malaysia

Wujudkan IG anak hanya untuk keluarga – Ain Edruce

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru sahaja melahirkan anak sulungnya pelakon dan pengacara versatil, Ain Edruce tidak menolak untuk mewujudkan akaun Instagram (IG) khas buat puterinya itu.

Kongsi Ain walaupun suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa tidak bersetuju namun dia mempunyai alasan tersendiri.

“Mirul macam tidak mahu, tetapi Ain melihat IG ini sebagai album sebenarnya. Kita tahu dahulu boleh cetak gambar dan sebagainya untuk simpan. Tetapi sekarang IG lebih praktikal.

“Bagaimanpun IG ini akan hanya boleh diikuti keluarga sahaja . Bukan untuk orang luar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu masih belum bersedia mendedahkan nama dan wajah anaknya, jelas Ain, dia menghormati permintaan keluarga selain lebih senang untuk membiarkan suaminya sahaja membuat keputusan.

“Orang kata, biar lama sedikit baru kongsi. Jadi tunggu ayahnya beri kebenaran dahulu,”katanya.

Terdahulu Ain selamat melahirkan anaknya khamis lalu di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya