Uyaina, PU Man dan Diana Amir sokong Caprice - Utusan Malaysia

Uyaina, PU Man dan Diana Amir sokong Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sesi perbincangan antara Caprice dengan dua wanita bergelar pempengaruh media sosial Israel, Shiraz dan Orin dilihat mendapat sambutan hangat dengan meraih sehingga satu juta penonton yang mengikutinya secara langsung di akaun penyanyi rap terkenal tersebut malam semalam.

Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa solidariti utuh diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap peperangan dan penindasan yang sedang berlaku di bumi Palestin.

Antara yang turut dilihat bersama-sama menyokong dan mengikuti sesi perbincangan dua hala tersebut adalah selebriti tanah air seperti Achey, Uyaina Arshad, Diana Amir, Iman Troye dan Pencetus Ummah Azman atau PU Man.

Dilihat berinteraksi di ruangan komen, berikut ialah apa yang disuarakan oleh Uyaina mengenai topik yang dibincangkan oleh Caprice.

“Anda membenci Hitler atas apa yang dia telah lakukan terhadap bangsa dan nenek moyang anda. Tetapi apa bezanya anda dan orang-orang anda? Apa yang anda sedang lakukan ini adalah pembunuhan beramai-ramai!

“Semua orang mahukan keamanan. Tetapi itu bukan apa yang kerajaan anda sedang lakukan!

“Amerika Syarikat (AS) memberikan jutaan atau mungkin berbilion dana kewangan kepada Israel (untuk tujuan peperangan). Bagaimana anda respons kepada hal itu?”katanya.

Selain itu, respons turut diberikan oleh PU Man ketika ketegangan perbincangan mula dirasai terutama ketika jawapan yang lemah diberikan oleh wanita pempengaruh itu dalam usahanya menegakkan tindakan Israel terhadap Palestin.

“Caprice, ingatkan dia semula tentang sejarah. Dia nak cakap mengenai keinginannya untuk hidup dalam keamanan. Tapi apa jenis keamanan yang sedang wanita itu cari? Dengan membunuh orang yang tidak berdosa? Dengan menyerang negara orang?”katanya.

Selain itu, kelibat Achey di ruangan komen juga menarik perhatian ramai apabila dia menyentuh mengenai imej wanita tersebut yang tidak kena pada situasi.

“Kau sempat bersolek, gincu dan bulu mata bagai!” katanya yang kemudian mengundang kata setuju daripada warga net yang turut menonton.

Terdahulu, Caprice mendedahkan tujuannya mengadakan sesi tersebut dengan warga Israel itu bukanlah mahu menghentam mana-mana pihak tetapi lebih kepada ingin menanam idea baru dalam kalangan penduduk di sana tentang isu kemanusiaan di Palestin.

Menerusi sesi tersebut malam semalam, dapat dilihat Caprice cukup bersabar ketika melontarkan hujah-hujah berfaktanya terutama apabila Shiraz dan Orin yang dilihat seolah-olah melenting apabila tidak mampu memberikan jawapan dengan baik.

Bukan itu sahaja, apabila ditanya mengapa Israel mahu mengambil tanah Palestin, kedua-duanya memberikan jawapan dangkal dan mengatakan kerana mereka tiada tempat untuk dituju selain menuduh Palestin adalah tanah mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya