U-Wei terkilan dana filem kenegaraan ditolak Finas - Utusan Malaysia

U-Wei terkilan dana filem kenegaraan ditolak Finas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah terkenal, U-Wei Saari terkilan apabila permohonan mendapatkan Dana Kandungan Digital ditolak oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi projek filem kenegaraan, ‘Wangi Jadi Saksi’.

Pengarah itu mendakwa, dana yang tidak diluluskan berkenaan berpunca daripada campur tangan ‘orang atas’ dan dia juga turut mendakwa keputusan itu dipengaruhi Ketua Pengarah Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

“Saya pasti anda bukan sahaja sudah termaklum akan projek ini tetapi telah juga tahu tentang keputusannya. Secara langsung mahu pun tidak, anda memainkan peranan dalam keputusan itu.

“Selanjutnya, saya katakan begitu daripada tangkapan sumber Finas yang mengendalikan dana ini apabila dia menyebut ‘…kerana keputusan dari atas’ dan ‘immediate boss’ dia adalah saudara sendiri, Ahmad Idham,” dakwanya.

Melalui surat terbuka itu, U-Wei turut menegur Ahmad Idham dalam memainkan peranannya sebagai Ketua Pengarah di Finas.

“Saya tidak faham campur tangan anda sebagai Ketua Pengarah dalam menentukan keputusan setelah kebijaksanaan yang diamanahkan kepada pegawai anda serta kedua-dua orang pakar.

“Malah, saya tidak nampak bijaknya sumbangan anda di peringkat akhir dalam keputusan selain menunjuk kuasa yang ada. Sebagai pembikin filem (menulis, mengarah dan menerbit), saya tidak sedar atau tahu kecemerlangan anda dalam menghasilkan sesebuah karya bermutu tinggi atau filem yang boleh diterima di peringkat antarabangsa,” luahnya menerusi sepucuk surat terbuka itu.

Tegas U-Wei juga, penglibatan Ahmad Idham dalam menentukan kelulusan sesuatu projek dengan menggunakan kuasa veto dianggap sebagai penghinaan terhadap kebijaksanaan panel yang dilantik Finas sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya