Tolong total lockdown - Azza Elite - Utusan Malaysia

Tolong total lockdown – Azza Elite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi terkenal, Azza Elite merayu kepada kerajaan agar segera melaksanakan total lockdown berikutan peningkatan kes harian yang drastik.

Berkongsi video di Instagram, Azza atau nama lengkapnya Noor Azzarima Zawari, 43, dilihat menangis teresak-esak dan memberitahu dia sudah mula mengalami masalah anxiety atau kerisauan melampau dek situasi seperti tidak berpenghujung.

“Hari ini adalah hari yang menakutkan. Dada berdebar bila baca dekat media sosial. Saya minta maaf dekat semua sebab ada anxiety sangat teruk terutama fasal udaralah. Macam-macam berlaku dekat sekeliling.

“Ya Allah, saya sangat takut. Risau emak dengan anak dekat kampung. Kami terpisah. Selagi kerajaan tak buat lockdown, kami ada yang kena pergi kerja. Tolonglah. Kalau kerajaan lockdown, sekurang-kurangnya kami duduk rumah tak jumpa orang. Tak jumpa siapa-siapa dua atau tiga minggu.

“Saya cukup sokong  semua yang mohon untuk lockdown. Kami orang bawahan ni jaga semua SOP. Kami sanggup ikat perut untuk kurangkan kes. Tolonglah kesian dengan petugas barisan hadapan! Mereka pun ada keluarga. Tolonglah,” rayunya.

Tegasnya kepada orang ramai terus kekal duduk di rumah tanpa keluar kemana-mana jika tiada sebarang urusan penting di luar.

“Hari ini Covid-19 dah melalui udara pula. Tolonglah kerajaaan bagilah lockdown. Korang nak berapa ramai lagi rakyat kita mati. Korang nak petugas barisan hadapan buat macam mana lagi. Tolonglah lockdown,” pinta Azza.

Untuk rekod, semalam kes baharu merekodkan 7,289 sekali gus merupakan kes tertinggi sepanjang pandemik melanda negara sejak tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya