Terlalu peribadi untuk kongsi kepada umum – Eina Azman - Utusan Malaysia

Terlalu peribadi untuk kongsi kepada umum – Eina Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti popular, Datin Paduka Eina Azman, mengesahkan dirinya mempunyai masalah kesihatan yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Menerusi entri Instagram Eina, dia dan suami mendapatkan vaksin di Ipoh, Perak kerana mendakwa mempunyai masalah kesihatan yang terlalu peribadi untuk dikongsi sebagai jawapan setelah gambarnya tular di media sosial.

Dalam entri sama, Eina Azman juga tampil membuat permohonan maaf atas perkongsiannya sebelum ini yang mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

“Saya memohon maaf andai kata perkongsian di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak.

“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa, apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.

“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum. Hanya pengetahuan keluarga sahaja,” katanya.

Pelakon itu juga mengambil langkah untuk memadam perkongsiannya sebelum ini bagi mengelakkan isu tersebut bertambah rumit.

Menerusi kenyataan kelmarin, Pengarah Hospital Permaisuri Bainun, Dr. Abdul Malek Osman, berkata, kelayakan pemberian vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan doktor pakar.

Kemudian, tiada isu ‘potong barisan’ dalam pemberian suntikan vaksin kepada mereka susulan telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar kerana pasangan tersebut adalah golongan berisiko tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya