Tak banyak yang boleh diulas - Neelofa - Utusan Malaysia

Tak banyak yang boleh diulas – Neelofa

NOOR Neelofa Mohd. Noor memberi keterangan bagi siasatan tidak memakai pelitup muka. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti penuh kontroversi, Noor Neelofa Mohd Noor menjelaskan dia telah memberikan kerjasama baik dengan pihak polis berkenaan siasatan kes tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan,khamis lalu.

Menurut satu kenyataan yang diberikan kepada pihak media hari ini, Neelofa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pagi tadi untuk memberi keterangan mengenai isu tersebut.

“Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan.

“Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih ya,”katanya.

Terdahulu, Neelofa menerima kecaman ramai apabila dilihat hadir ke perkarangan mahkamah majistret Seremban dengan tidak memakai pelitup muka di sebalik niqab yang dikenakan sekali gus menyaksikan dirinya melanggar prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut laporan media, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail hadir ke mahkamah itu bagi membuat pengakuan mengenai pertuduhan kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini.

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohd Said Ibrahim juga pada Khamis lalu.

“Polis menerima laporan mengenai tindakan (Noor Neelofa) tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan oleh KKM kepada semua individu.

“Susulan itu, satu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 (P.U.(A)225/2021),”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya