Soal bayaran, Tya Ariffin mohon maaf - Utusan Malaysia

Soal bayaran, Tya Ariffin mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Tya Ariffin kembali menjadi perhatian sejak semalam, apabila sebuah video salah faham tular di media sosial membabitkan pelakon veteran Fauziah Nawi berkenaan soal bayaran.

Tya yang sebelum ini dikecam kerana dikatakan menyebarkan gambar anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa bagaimanapun meminta maaf atas isu salah faham itu.

“Sebenarnya kejadian berlaku sewaktu penggambaran drama pendek itu untuk produk saya, Mutyara. Pada mulanya ibu Fauziah menyangkakan ia hanya projek membabitkan pelajar universiti.

“Tapi selepas tahu ia membabitkan jenama produk, ibu Fauziah mula minta harga yang sewajarnya. Malah memang dia sampai tahap nak balik rumah.

“Saya akui memang ada salah faham yang berlaku. Pada mulanya pihak pengurusan Ibu Fauziah sendiri sudah setuju dengan bayaran. Bagaimanapun kami bersetuju untuk menaikkan harga bayaran,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Menolak dakwaan sengaja membiarkan video perselisihan itu tular, kata Tya yang juga isteri kepada usahawan terkenal, Asyraf Khalid, penyebaran video itu juga berlaku tanpa pengetahuannya.

“Sebenarnya video itu dirakam salah seorang pekerja saya yang berada di sana. Pada mulanya hanya untuk tontonan seorang sahaja tetapi disebarkan pula. Saya juga sudah mendapatkan penjelasan pihaknya dalam soal ini dan akan mengambil tindakan.

“Bagaimanapun saya meminta maaf sekali lagi kepada semua pihak terutamanya Ibu Fauziah kerana berhadapan dengan perkara ini,”tambah Tya dia turut menjadikan apa yang berlaku ini sebagai satu lagi pengajaran buat dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya