Siti Nurhaliza perjelas isu tak patuh SOP - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza perjelas isu tak patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memperjelaskan isu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang mencetuskan kontroversi apabila warganet mula mempersoalkan tindakannya ketika mengadakan majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa.

Menerusi kenyataan media, majlis tersebut dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan atur cara majlis serta bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis sosial PKPB seperti yang tertakluk pada tempoh lalu.

Tambahnya lagi, majlis juga terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad yang dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik.

“Mengenai kami mengundang seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu, kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku.

“Sebaliknya, Ustaz Azhar Idrus bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur. Bagi acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka.

“Beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain,” katanya.

Dalam pada itu, penjelasan tersebut bukan untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,” ujarnya.

Sebelum ini, beliau menjadi sasaran netizan kerana didakwa gagal mematuhi SOP ketika majlis itu diadakan.

Seterusnya, netizen juga tidak bersetuju dengan Siti Nurhaliza dan suaminya mengundang pendakwah terkenal yang difahamkan menetap di Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya