Henti guna nama Search - Utusan Malaysia

Henti guna nama Search

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli kumpulan rock legenda, Search, Nasir, bekas vokalisnya, Amy dan wakil arwah pemain dram, Allahyarham Yazit bakal  mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bernama Mozylir Mokhtaruddin kerana telah menggunakan nama Search tanpa kebenaran baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Mozylir dipercayai berniaga atas nama “Home of Champions” menggunakan nama Fenomena Search dan menjual pakaian, kasut Aliph X Search Edisi 2021 serta aksesori lain.

“Nasir, Amy dan waris-waris arwah Yazit telah mengambil nasihat guaman dan telah mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir dan Home of Champions bagi menghentikan kegiatan-kegiatan yang dijalankan menerusi beberapa platform seperti laman sesawang fenomenasearch.com, Facebook – Home of Champions, Instagram @homeofchampions.store dan Shopee @homeofchampions.store,” tulis kenyataan itu.

Sementara itu, satu sesi siaran langsung menerusi platform Instagram @akuamysearch akan dibuat pada Jumaat ini pukul 8 malam bagi menjelaskan butiran lanjut.

Untuk rekod, album terakhir kumpulan rock legenda iaitu Katharsis dikeluarkan oleh Amy, Nasir, Nordin dan Kid pada tahun 2017. Ketika itu, arwah Yazit tidak bermain di dalam album tersebut atas sebab keuzurannya dan Allahyarham telah meninggal dunia pada tahun 2019.

Bbagaimanapun, ahli anggota Search telah bersetuju untuk memastikan bahawa hak-hak arwah Yazit kepada nama Search dan kerja-kerja Allahyarham untuk Search dari tahun 1981 akan diberikan kepada waris-waris arwah Yazit.

Search tahun ini mencecah usia 40 tahun dianggotai Kid (gitar), Noordin (gitar) dan Nasir (bass). Manakala vokalis kumpulan itu, Amy telah mengundurkan diri pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya