Saya okay sahaja ambil vaksin - Sabri Yunus - Utusan Malaysia

Saya okay sahaja ambil vaksin – Sabri Yunus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon hebat, Sabri Yunus, 59,berkongsi dia mengalami sedikit kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada pukul 8 malam, Ahad lalu.

Menurut pelakon yang terkenal dengan jolokon nama Pok Ya Cong Codei itu, kesan mula dirasakan apabila dia berasa kurang selesa pada tubuh badan keesokan harinya.

“Kesan lepas suntik malam itu juga rasa, biasalah. Tapi esok hari badan saya rasa panas, bukan demam. Apa yang saya lakukan, ambil ubat demam makan tiga kali sehari. Dalam masa sama saya makan vitamin C pada sebelah tengah hari dan malam.

“Tapi hari ini Alhamdulillah badan saya cergas semula. Jadi janganlah takut dengan kesan-kesan vaksin ini. Setakat demam-demam macam itu saja. Meme ado kesey ( memang ada kesan ) cuma kesan ini pada tubuh sayalah, orang lain tak tahu macam mana,” ujarnya.

Hasil perkongsian video yang dimuat naik dalam akaun Pok Ya itu menerima pelbagai reaksi positif daripada pelayar Facebook yang rata-rata memuji sikap keberaniannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya