Sarah Clever Girl selamat bersalin anak kedua - Utusan Malaysia

Sarah Clever Girl selamat bersalin anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Personaliti televisyen dan pengacara, Sarah Yussof, selamat melahirkan bayi lelaki kedua secara normal di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pukul 8.01 pagi semalam.

Melahirkan bayi seberat 3.28 kilogram (KG) dalam suasana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), Sarah Yussof atau nama penuhnya Sarah Adiba Mohammed Yussof, 30, ketika dihubungi, berkata, dia bersyukur segalanya dipermudahkan.

“Alhamdulillah semuanya telah selesai dan kini menjalani proses berpantang pula. Bersalin ketika norma baharu ini, saya dan suami perlu mendapatkan ujian calitan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Saya bersyukur sangat sebab keputusan ujian calitan keluar awal. Kalau lambat, terpaksa lahirkan bayi dalam wad pengasingan dan suami tidak dibenarkan teman. Di sepanjang masa itu juga, kami perlu memakai pelitup muka dan suami dikenakan gelang sebagai tanda peneman si ibu.

“Selain suami, ahli keluarga lain tidak dibenarkan melawat, famili tengok baby menerusi video call saja,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Bekas peserta program Clever Girl musim kedua dan wartawan penyiaran itu mendirikan rumah tangganya bersama Iskandar Mohd Nasir pada 2015. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Rayyan Ali, kini berusia 1 tahun 8 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya