"Sabar dinda berdua" - Suhaimi Saad sokong Neelofa, PU Riz - Utusan Malaysia

“Sabar dinda berdua” – Suhaimi Saad sokong Neelofa, PU Riz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila pelbagai pihak bagaikan tidak berhenti mengecam pelakon dan pengacara, Neelofa serta suaminya di media sosial.

Menerusi entri Instagramnya, dia menunjukkan ketidakpuasan hati dengan memberi teguran terhadap warganet yang tidak berhenti mengecam pasangan dua sejoli tersebut.

“Orang langar prosedur operasi standard (SOP) , kau sibuk tularkan. Kau dapat apa? Menteri rasuah, halalkan dadah, arak serta judi itu kenapa tidak menentang, tidak ditularkan habis-habisan?

“Hang, adik beradik dan keluarga sempurna sangat ke? Betulkan diri serta keluarga kau dahulu, buruk sungguh perangai. Islam, tetapi perangai iri hati, busuk hati, khianat serta jahat,” luahnya.

Dalam pada itu, Suhaimi juga melaungkan sokongan dengan meluahkan kata-kata semangat terhadap Neelofa dan suaminya.

“Sebahagian dari ujian yang mereka lalui, dah pun aku lalui. Walaupun coraknya tidak sama, tetapi warna-warnanya hampir serupa. Aku juga faham apa yang mereka rasa dan perlu hadapi.

“Doa abang selalu mengiringi Fa dan Riz. Semoga Allah selalu menjaga dan diberi pahala yang banyak atas segala susah payah kamu berdua.

“Sabarlah dinda berdua, dunia memang tempat penat. Mudah-mudahan Allah jadikan syurga tempat kita berehat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya