Raya tanpa suami, Ashira sayu - Utusan Malaysia

Raya tanpa suami, Ashira sayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian untuk menyambut Aidilfitri sebagai pasangan pengantin baharu tidak kesampaian buat penyanyi Ashira apabila, suaminya, kini berada di hospital kerana menjalani pembedahan.

Berkongsi keadaan anggota kumpulan Indigo itu, jelas Ashira, Bad kini berada di bawah pemantauan doktor memandangkan penyakit diabetes yang dihadapi suaminya itu menyebabkan bahagian jari kakinya terpaksa dipotong.

“Raya tahun ini memang lain daripada apa yang saya bayangkan. Ingatkan dapat menyambut Aidilfitri bersama suami dan anak-anak, tetapi ada dugaan lain. Bad berada di hospital sejak sebelum sambutan Aidilfitri lalu.

“Pada mulanya hanya empat jari kaki di bahagian kiri dipotong tetapi kali ini doktor terpaksa tahan di hospital memandangkan takut ada bakteria di ibu jari kaki pula.

“Keadaan Bad okay, cuma doktor perlu berikan antibiotik dalam mengelakkan komplikasi lebih teruk pada bahagian tersebut,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu jelas penyanyi lagu Ombak Resah ini juga apa yang turut merisaukan, keadaan Covid-19 yang semakin teruk ini juga meletakkan Bad berada dalam golongan berisiko tinggi.

“Ikutkan sudah hampir seminggu tidak dapat melawat dia di hospital, pada awal-awal dahulu boleh melawat lagi. Tetapi disebabkan angka pesakit Covid-19 yang semakin tinggi kami tidak dibenarkan melawat langsung.

“Bad sendiri sudah beberapa kali bertukar wad. Itulah risau juga sebab dia juga high risk. Memang harap sangat boleh keluar hospital lebih awal,”jelasnya.

Terdahulu Ashira dan Bad,46, bernikah pada 11 Mac lalu, selepas menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya