Positif Covid-19, Reen Rahim beraya dalam bilik - Utusan Malaysia

Positif Covid-19, Reen Rahim beraya dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gembira bertukar duka buat pelakon, Reen Rahim, 32, apabila dia memaklumkan dirinya positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin di rumah secara berasingan daripada keluarga bagi mengelakkan penularan wabak itu.

Perkongsian menerusi Instagramnya pada malam tadi, Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, mengakui sedikit terkilan kerana tidak dapat beraya bersama ahli anggota keluarganya.

“Tak tahu nak gambarkan macam mana sekarang ini. Beraya seorang diri. Semoga Allah kuatkan hati ibu supaya dia tidak sedih, 10 hari tak jumpa ni nanti, lebih-lebih lagi esok (pagi pertama raya). Tapi terpaksa, rela menangis di pagi raya daripada menangis sebabkan ibu dijangkiti Covid-19. Doakan saya ya,” tulis Reen.

Kongsinya lagi, sebelum ini dia sudah mendapatkan ujian calitan dua kali serentak dan keputusan pertama positif manakala keduanya negatif.

“Alhamdulillah, yang lain dekat rumah negatif. Tapi saya ambil langkah untuk kuarantin seorang diri di rumah berasingan daripada keluarga. Mereka pun sudah bagi amaran keras kuarantin di rumah sebab takut virus lambat aktif tapi sudah ada. Nanti tak fasal-fasal satu Klang positif.

“Macam tak percaya saja raya tanpa ibu. Dah pernah janji dengan ibu dan ayah, apa-apa pun yang terjadi tetap akan beraya bersama,” jelasnya.

Sementara itu, menerusi InstaStory, Reen menggambarkan dirinya seorang yang sangat rapat dengan ibu bapanya. Andai ada bakal suami yang mencuba untuk membawanya pergi jauh dari pandangan kedua ibu bapa, Reen sanggup jadi ‘anak dara tua’.

Sebelum ini Utusan Malaysia turut melaporkan pelakon, Nora Danish, Tiz Zaqyah dan Nabila Huda turut positif Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya