Neelofa terus kumpul dana untuk Palestin - Utusan Malaysia

Neelofa terus kumpul dana untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengcara dan pelakon popular, Neelofa menerusi jenama Naelofar melancarkan kempen #NaelofarForHumanity dan bakal mengadakan jualan tudung besar-besaran bagi mengumpul dana untuk bumi Palestin.

Jualan yang bakal berlangsung pada  hujung minggu ini akan menyalurkan 100 peratus keuntungan kepada tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction untuk mengumpul dana bantuan Palestin.

Neelofa berkata, kempen Naelofar For Humanity adalah untuk memberi kesedaran yang menyeluruh mengenai apa yang sedang berlaku di Palestin dalam kalangan pengguna dan dalam pada masa sama dapat memberikan bantuan dalam membina semula Gaza yang terjejas.

“100 peratus keuntungan yang diraih menerusi Naelofar For Humanity Weekend Specials akan disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction. Insya-Allah, saya berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sangat memerlukan di sana,” ujarnya.

Selain Neelofa, kempen Naelofar For Humanity turut disertai oleh artis-artis popular seperti Kilafairy, Wany Hasrita dan Amira Othman. Jualan hujung minggu berkenaan akan diadakan di seluruh saluran jualan Naelofar iaitu di Naelofar.com, Naelofar TTDI, Setia Alam, One Utama, Sogo dan Isetan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif jenama tersebut, Mohamed Aqief berkata, Naelofar sudah memberikan dana berjumlah RM50,000 sebagai permulaan kepada kempen tersebut.

“Perjuangan mereka di Palestin masih belum berakhir. Oleh itu kita perlu memberi bantuan dan sokongan kepada mereka. Selama tujuh hari bermula hari ini, tidak akan ada sebarang penjualan selain kesedaran untuk mengumpul dana bagi kempen tersebut,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya