Neelofa hilang 100,000 pengikut di Instagram? - Utusan Malaysia

Neelofa hilang 100,000 pengikut di Instagram?

NOOR Neelofa Mohd. Noor memberi keterangan bagi siasatan tidak memakai pelitup muka. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dihimpit dengan pelbagai spekulasi, nama pengacara dan pelakon popular, Neelofa kini cukup hangat diperkatakan. Apa sahaja berita, pasti menjadi bualan warganet yang ‘bengang’.

Terbaharu, penurunan jumlah pengikut Neelofa di Instagram pula menjadi buah mulut ramai apabila dia kehilangan 100,000 pengikut dipercayai disebabkan oleh rasa marah dan bengang warganet.

Neelofa yang memegang takhta selebriti tempatan paling ramai pengikut di Instagram dengan 8.6 juta pengikut sebelum ini kini mencatatkan penurunan ke 8.5 juta dalam tempoh satu hari.

Ini bukan kali pertama pengacara itu berdepan isu penurunan jumlah pengikut di media sosial. Sebelum ini, dia turut kehilangan 100,000 pengikut gara-gara insiden pelancaran keluaran tudung baharu di sebuah kelab tiga tahun lalu.

Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.

Malah, Neelofa juga mencetuskan kontroversi lagi apabila dia didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman di ibu negara pada 13 Mei lalu.

Malah, pengacara itu juga berdepan satu lagi dakwaan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya