KUALA LUMPUR: “Sekarang nak peluk pun tak boleh.”
Itu kata pelakon terkenal Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri atau lebih dikenali Elfira Loy, 27, ketika ditanya mengenai kenangan raya yang dirinduinya.
Namun pelakon drama Setulus Janji itu lebih teruja menyambut hari raya kali ini kerana anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf, 2, kini sudah boleh berjalan.
“Perkara yang paling dirindui waktu hari raya apabila kita dapat bersalaman ketika sesi bermaaf-maafan dan berpelukan. Saya rindu nak buat macam itu.
“Bagi saya bila dapat peluk boleh melepaskan rindu sebab dah lama tak berjumpa dengan ahli keluarga lain di kampung.
“Tapi, tahun ini saya tetap seronok dan teruja. Anak dah semakin besar, aktif dan malah dia sudah boleh berjalan. Ambil gambar puas-puas dan mahukan dia rasai erti kegembiraan maksud raya itu sendiri,” ujarnya.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Muhammad Faris Khairol Anuar, 30, pada 1 Januari 2019.