PETALING JAYA: Pelakon, Nabila Huda yang disahkan positif Covid-19 hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang yang didakwa bersikap sambil lewa terhadap penularan virus tersebut.
Menerusi Instastory yang dimuat naik, Nabila meluahkan perasaannya terhadap insan tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan jangkitan Covid-19 yang dialaminya.
“Kalau tiada sebab nak keluar, duduk rumah diam-diam. Disebabkan degil, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
“Kesakitan yang datang berpunca dari kepentingan dan kecuaian orang lain ini dipanggil teraniaya. Kesakitan yang ditanggung kerana kedegilan serta kepentingan orang lain adalah kesakitan yang amat menyakitkan.
“Seterusnya, kerana nafsu dan keseronokan, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa,” katanya.
Dalam pada itu, dia juga menegaskan individu tersebut agar tidak berlagak seperti mangsa atas kecuaian sendiri.
Terdahulu, hanya tinggal beberapa hari menjelang Aidilfitri, dua pelakon polular, Nora Danish dan Tiz Zakiah mengesahkan mereka berdua disahkan positif Covid-19 yang dikongsi menerusi laman Instagram mereka.