“Mungkin kalau Allah tak bagi zuriat kat sini, bagi nanti kat sana.”- Elizad - Utusan Malaysia

“Mungkin kalau Allah tak bagi zuriat kat sini, bagi nanti kat sana.”- Elizad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sentiasa berdoa untuk dikurniakan seorang cahaya mata suatu hari ini, pelakon popular Siti Elizad memberitahu dia tidak akan pernah berputus asa.

Melihat apa yang dihadapinya ini sebagai satu ujian yang memerlukan dirinya reda, tambahnya sehingga ke saat ini dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya.

“Alhamdulillah, mengenali diri saya jarang sangat bersedih. Jadi saya tidak malu untuk berkongsi. Tiada apa yang sempurna dalam dunia, jadi dalam masa yang sama saya mahu berkongsi kebaikan.

“Kebahagiaan bukan diukur melalui zuriat, walaupun sedih untuk ditelan tetapi kebahagiaan datang bila kita terima seadanya,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Pernah mengalami keguguran tahun lalu, tambah Elizad ketika ini dia turut menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka yang senasib dengan dirinya.

“Memang rasa sangat dihargai, dalam masa yang sama bukan diri saya seorang sahaja berhadapan dengan ujian ini. Jadi ada yang berkongsi segala masalah yang dihadapi termasuk mengalami kegagalan rawatan seperti saya.

“Sampai ada yang mahu masuk bilik di hospital untuk lakukan rawatan juga akan berkongsi dengan saya. Bila macam ini bersyukur juga sebab dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan orang yang sebelum ini kita tidak kenal pun,”jelasnya.

Sentiasa bersikap positif dedah Elizad, 37, dia kini juga dalam perancangan untuk memulakan kembali rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

“Mungkin kalau Allah tak bagi zuriat kat sini, bagi nanti kat sana. Itu janji Allah.

“Soal rawatan memang akan buat dalam tempoh terdekat. Sambung IVF kembali, cuma dalam tempoh pandemik kena cari waktu yang lebih sesuai,”katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya