KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Mira Filzah berkongsi keterujaannya apabila bekerjasama dengan Inside Scoop untuk menghasilkan perisa ais krim kegemarannya, Tart Nanas.
Mira berkata, dia memang menggemari kuih raya Tart Nanas dan peluang untuk menghasilkan ais krim perisa itu tidak harus dilepaskan.
“Mira tak pernah membayangkan dapat menghasilkan perisa aiskrim sendiri. Mira teruja sangat apabila Inside Scoop mengajak Mira mencipta perisa aiskrim eksklusif sempena Raya!
“Mira juga berasa amat gembira apabila Inside Scoop berjaya merealisasikan idea itu menjadi aiskrim dan kek aiskrim Tart Nanas yang comel! Memang mengagumkan,” katanya.
Kolaborasi itu merupakan kali pertama jenama ais krim popular popular itu memilih selebriti dan personaliti terkemuka menghasilkan perisa kegemarannya.
“Perspektif dan pendapat Mira yang berbeza, memberi nafas baharu terhadap proses penyelidikan dan kreatif kami. Kami sangat gembira dengan perisa pilihan Mira!” jelasnya menerusi satu kenyataan.