Mak tunggu kepulangan saya - Amir Hasan - Utusan Malaysia

Mak tunggu kepulangan saya – Amir Hasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Sedih sebab saya anak tunggal dan emak mesti menantikan kepulangan saya.”

Itu luahan rasa penyanyi, Amir Hasan, 25, yang tidak dapat pulang beraya di Raub, Pahang. Menurutnya, ini merupakan kali pertama dia beraya jauh dari bonda tercinta.

“Kali terakhir jumpa emak masa hari ulang tahun kelahiran saya. Selepas itu saya banyak berhubung dengan dia menerusi panggilan telefon. Tetapi itulah… saya tak pernah lagi beraya sendiri tanpa keluarga di sisi.

“Di kampung ada sepupu dan pak cik mak cik yang duduk dengan emak. Jadi taklah dia rasa macam kesepian,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menyambut Syawal tanpa bapa kali kedua, penyanyi lagu iShy itu berkata, perasaan sedih masih terasa.

“Selalunya pagi raya ayah akan kejutkan saya untuk pergi sembahyang raya. Emak pula tengah sibuk di dapur siapkan juadah raya seperti rendang dan lontong. Lebih-lebih lagi sesi bersalaman,” katanya.

Untuk rekod, arwah bapa Amir, Abu Hasan Abdul Aziz, 65, meninggal dunia pada bulan Ramadan tahun lalu akibat kanser limfoma di Hospital Kuala Lipis, Pahang, selepas kira-kira sebulan bertarung dengan penyakit itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya