Kim Lim dilantik Pengarah Urusan Universal Music Malaysia - Utusan Malaysia

Kim Lim dilantik Pengarah Urusan Universal Music Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universal Music Malaysia (UMM), peneraju dunia hiburan berasaskan muzik, mengumumkan Kim Lim telah dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Urusan UMM baharu.

Dalam satu kenyataan, perlantikan tersebut bagi bertujuan memperluas dan memperkasa pasukan pengurusan kanan sebagai sebahagian daripada usaha syarikat meningkatkan perkembangan artis domestik serta pertumbuhan label di rantau ini.

Susulan itu, menerusi jawatan tersebut, Kim Lim bakal memimpin UMM merentasi perkongsian, pengurusan bakat, acara siaran langsung serta inisiatif perniagaan baharu yang inovatif.

“Saya teruja untuk memimpin satu pasukan yang hebat di Malaysia, bersama kumpulan baru pengurusan senior yang luar biasa, Hermond, Ivan dan Patrina.

“Kami akan melihat cara baru untuk memperluaskan pengalaman dan memikirkan secara mendalam tentang peluang baru yang boleh diteroka.

“Selain itu, kami akan terus memberi tumpuan kepada artists and repertoire domestik, mencari dan mengembangkan bakat terbaik yang ditawarkan oleh negara dan rantau ini,” katanya.

Pada tahun 2019,  Kim Lim telah melancarkan Celebrity 360 yang merupakan sebuah syarikat pengurusan artis  untuk menguruskan kerjaya beberapa bakatberpengaruh di Malaysia dalam dunia muzik, filem, hiburan serta gaya hidup.

“Berdasarkan kejayaan luar biasa Def Jam Malaysia, Celebrity 360 serta inisiatif komersil, kami akan berinovasi dan mengukir jalan baru untuk memastikan budaya muzik Malaysia yang lebih rancak.

“Seterusnya, dapat diakses oleh rakan kongsi, platform dan yang paling penting peminat muzik di seluruh rantau ini berbanding sebelumnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, , Ketua Pegawai Eksekutif, Universal Music Southeast Asia dan Timbalan Presiden Kanan Asia, Calvin Wong yakin dengan kemampuan Kim Lim untuk menyandang jawatan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya