Kamal, Uqasha tangguh kahwin - Utusan Malaysia

Kamal, Uqasha tangguh kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Petaling Jaya: Berikutan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 selain peningkatan kes Covid-19, pelakon Kamal Adli mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis perkahwinannya.

Berkongsi dengan Utusan Malaysia sebentar tadi, jelas Kamal,35, dia dan Uqasha Senrose juga reda dengan keputusan ini walaupun persiapan majlis mereka sudah hampir selesai.

“Ikut keadaan sekarang memang kena tangguh dahulu. Persiapan dan bayaran untuk segala persiapan majlis memang sudah selesai.

“Namun daripada teruskan dalam keadaan ini, baik kami berdua tangguh saja. Saya dan Uqasha juga reda,”katanya.

Masih tidak mempunyai perancangan dalam mencari tarikh baharu, ketika ini jelas Kamal semuanya bergantung kepada keadaan.

“Tidak tahu berapa lama kami akan tangguh majlis ini. Ikutkan PKP akan berakhir 6 Jun. Mungkin ada pengumuman berbeza.

“Saya juga tidak tahu,” jelasnya ringkas.

Terdahulu pasangan yang baru sahaja mengikat tali pertunangan April lalu ini, turut mendedahkan bakal melangsungkan perkahwinan di pusat peranginan tanah tinggi.

Pasangan yang digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad dan Perempuan Tanpa Dosa ini juga dijangka mengadakan tiga majlis resepsi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya