Jangan ditukar-tukar, Nilai itu dalam Negeri Sembilan – Datuk Hattan - Utusan Malaysia

Jangan ditukar-tukar, Nilai itu dalam Negeri Sembilan – Datuk Hattan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi lagenda, Datuk Hattan, menegaskan Nilai terletak dalam Negeri Sembilan, bukannya berada di Selangor seperti didakwa oleh segelintir pihak.

Menerusi perkongsian video di Instagram, penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah itu mempersoalkan pemilikan Nilai, Negeri Sembilan itu secara tiba-tiba ditukar milik kepada Selangor.

“Kalau tidak faham bawaklah bertanya, memang Nilai dalam Negeri Sembilan. Siapa pula bungko (bengap) yang cakap Nilai dalam negeri Selangor? Ini apa pula di koba (kata) nilai dalam Selangor?

“Esei (saya) ini jati Negeri Sembilan, seluruh negeri ini bukanlah besar sangat tetapi saya tahu pemetaannya itu. Tidak percaya pergi rujuk dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) , pergi tanya mereka jika tidak faham.

“Ini saya ingin memberitahu, Nilai 3 dahulunya dimajukan oleh Tan Sri isa dan ditambah kemajuannya pula oleh Tok Mat, itu sejarahnya. Nilai bersebelahan dengan Bukit Mahkota, masih kawasan Negeri Sembilan,” jelasnya.

Sebelum ini, tular di media sosial yang mencetuskan kekeliruan warganet apabila mendakwa Nilai 3 berada di Selangor selepas pengacara, Neelofa dan suaminya bebas daripada dakwaan merentas negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya