Jangan berhenti menjadi baik - Utusan Malaysia

Jangan berhenti menjadi baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JADILAH seperti air, terus mengalir, ada tempat dituju, kadang perlahan, kadang laju.

Petikan buku, Jangan Berhenti Menjadi Baik. Buku motivasi kehidupan dan agama karya Muzakkir Haron atau nama sebenarnya Mohd. Fauzie Haron ini menjelaskan prinsip menjalani kehidupan seperti air.

Sifatnya mengalir mencerminkan peribadi yang pantang menyerah kalah dan tidak cepat berputus asa kerana air di sungai juga terdapat rintangan yang menahan alirannya.

Sifat air perlu diterapkan dalam kehidupan agar menjadi pedoman dan renungan rahsia kejadian alam.

Seperti air terjun sifatnya adalah mengalir dari tempat tinggi menuju ke tempat yang lebih rendah.

Ia membawa maksud, pengajaran yang boleh diambil adalah apabila seseorang telah berada di atas jangan dilupakan pada orang yang di bawah.

Ia turut memberi makna, saling memberi manfaat dan tidak memandang rendah taraf kehidupan orang lain.

Naskhah yang dianggap boleh menjentik hati sesiapa yang membacanya ini, mengandungi lima fasal yang membicarakan mengenai suluhan kehidupan, percaya rezeki Tuhan, mazra’atul akhirat (menerokai rahsia penciptaan alam), merentangi takdir dan dalam hati ada syurga.

Ia turut menghimpunkan koleksi artikel yang ditulis sendiri oleh Muzakkir dalam media sosial dan juga diambil daripada sumber lain yang kemudiannya diolah semula serta disusun untuk disesuaikan dengan tajuk.

Karya ini turut menterjemahkan minatnya terhadap karya klasik Buya Hamka yang mengandungi pedoman sangat berguna melalui tutur katanya kepada sesiapa sahaja.

Buya Hamka turut dikenali Pak Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik Karim Amrullah ialah seorang Tokoh Islam terkenal di Indonesia juga sasterawan dan sejarawan yang berjaya menyimpulkan kesemua ulasan oleh ulama muktabar dahulu mengenai kehidupan dan takdir.

Buku ini sangat sesuai dibaca oleh pelajar sekolah menengah dan umur pertengahan ke atas sebagai usaha mengukuhkan pemahaman mengenai tujuan dan hakikat kehidupan sebenar serta mendalami maksud tersurat dan tersirat.

INFO

Jangan Berhenti Menjadi Baik

Penulis: Muzakkir Haron

Penerbit: Arias My Enterprise

Harga: RM25

Tebal: 148 muka surat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya