Ikmal Amry bakal bergelar bapa - Utusan Malaysia

Ikmal Amry bakal bergelar bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tinggal sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, pelakon, Ikmal Amry, 26, mengumumkan isterinya, Najla Shamsul, kini hamil.

Dalam perkongsian sama Mohd Zulikmal Amry Ghazali atau Ikmal, mengambil kesempatan memohon ampun kemaafan sempena menjelang hari raya kepada orang ramai dan termasuk sahabat karibnya.

“Assalamualaikum, pejam celik esok dah raya kan. Jadi dikesempatan ini, Am dengan rendah hati nak minta maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki kepada yang mengenali Am, keluarga, sahabat-sahabat andai ada terkasar bahasa, terguris hati dan salah tingkah laku terutamanya kepada My Forever Brother yang selama ini jaga Am di Kuala Lumpur sebelum kawin sampailah dekat mana Am sekarang.

“Mintak halal makan minum, apa yang engkau orang sudah bantu selama ini. Terima kasih untuk semua. Alhamdulillah impian nak beraya berdua tahun ini tercapai.

“Terima kasih buat isteriku untuk segalanya yang telah awak lakukan sejak dulu lagi. InsyaAllah tahun depan kita beraya bertiga ya! Doakan perjalanan ini diberkati dan dipermudahkan,” tulis Ikmal di Instagramnya.

Pelakon filem Gantung itu selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan pada 19 Disember tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya